Thursday, June 3, 2010

Program Semarak Minda


Pertandingan melompat siapa yang lebih tinggi


My team...hehehe chayok....!


Acara pose tepi Pantai

Program Semarak minda ini adalah kursus yg dianjurkan oleh Tourism Malaysia bertempat di Swiss Garden Resort & Spa. Ia memang sesuai untuk penganjuran sebarang aktiviti yang melibatkan kursus dan juga percutian seisi keluarga. Saya berada di resort ini selama 4H3M dan merasakan semua perkhidmatan yang disediakan cukup selesa dari segi semua aspek yang disediakan. Dari segi makan pula, saya bagi 5 bintang, coz apa yg disediakan cukup-cukup menarik dr segi decofood...membuatkan saya makan tak ingat dunia..haha

Penganjuran kursus seperti ini amat sesuai untuk semua kakitangan Tourism Malaysia kerana apa yang saya pelajari dan hayati ia merupakan kursus Bekerjasama antara pasukan. Ia membuatkan saya berfikir secara mendalam dari pelbagai sudut perspektif apa yang dibentangkan dan dipraktikalkan semasa membuat kerja dalam kumpulan.

Apa-apa pun saya gembira dan enjoy selama saya berada di swiss resort ni...memang happy gilelah...pastu plak dapat kenal dengan kawan2 pelbagai bahagian...yg paling best ada task plak...haha...kena buat esai..bahasa inggeris,,hehehe...

Friday, May 14, 2010

Festival Air Malaysia

Zoom!. Pantai Cenang

Pintu Gerbang
Acara membuat Istana Pasir

Festival Air Malaysia 2010 kembali mewarnai Pantai Cenang pada 9-10 April lalu merupakan acara dibawah Kementerian Pelancongan yang di adakan pada setiap tahun. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan Pulau Langkawi sebagai destinasi Pelancongan Sukan Air kepada para pelancong domestik mahupun luar negara. Acara Festival Air Malaysia ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran serta perasaan cintakan alam semula jadi di kalangan rakyat Malaysia selain menjadi program riadah.

Oleh itu, anda yang gemarkan sukan air atau mahu berseronok di pantai bersama teman dan keluarga, bulan ini adalah masa terbaik untuk anda berkunjung ke Pantai Cenang untuk bersuka ria sambil bermain air.

Lebih menarik lagi jika anda mendaftarkan diri untuk menyertai mana-mana acara yang dianjurkan sepanjang Festival Air Malaysia yang diadakan pada setiap tahun.

Sejak penganjurannya yang pertama, Kementerian Pelancongan terus komited menjadikan pesta air sebagai landasan mempelbagaikan produk pelancongan serta meningkatkan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa.

Selain bertujuan mempelbagaikan produk pelancongan dan meningkatkan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa, penganjuran Pesta Air Malaysia yang sudah mencecah 10 tahun turut memberi pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan melalui aktiviti jualan dan perniagaan.

Pulau dayang Bunting, Langkawi

Mesti mandi bila sampai sini..klu tak rugi2...

Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Cable car, Pulau Langkawi


Time ni syok sangat dpt sampai puncak

Cantikan panorama dari atas

yg ni pun sama...

dlm cable car ni..tetap senyum depan kemera..dlm hati duk..dak..duk..dakk

Ingin melihat pemandangan alam di Langkawi daripada perspektif yang berbeza? Nikmatilah pengalaman yang menyeronokkan dengan menaiki kereta kabel sehingga ke puncak Gunung Machincang, Pulau Langkawi.

Para pengunjung berpeluang melihat keindahan Lautan Andaman dan keseluruhan kepulauan Langkawi sambil menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Dengan ukuran sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia.

Ia juga merupakan di antara cerun yang tercuram di dunia, pada kecerunan 42 darjah. Di bahagian tengah dan puncak stesen pula terdapat denai laluan serta platform pemandangan bagi membolehkan para pengunjung menikmati seterusnya keindahan panorama di persekitaran.

Satu lagi ciri-ciri pembinaan dan reka bentuk yang amat luar biasa mengenai kereta kabel ini adalah jambatan gantung yang menghubungkan stesen kabel dengan banjaran Gunung Machincang. Kereta kabel Langkawi ini terletak di Oriental Village, Teluk Burau lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah.

Thursday, May 13, 2010

Wakaf Che Yeh, Kota Bharu


Gerai Sotong Kering bakar...mesti cuba...best...

Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesame sendiri.

Pasar Besar Siti khadijah, kota Bharu Kelantan



Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.


Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Wednesday, May 12, 2010

Tekanan...


Aduh...tertekan aku bila ada keje ni..rasa bosan dan muak pun ada dgn pelbagai kerenah birokrasi...rase mcm nah rehat selama-lamanya....(Baik mati kot...tak payah nak pikar hal2 dunia...tp belum sampai ajal kot..)heheh...

Mcm2 kerenah umah manusia..kat area persekitaran hidup aku...terpaksa aku tempuhi...aduh...sakitnya bila aku terfikir...sakit kepala...ada yang baik..ada yang buat bodoh jer....

klu lah aku ni belajar rajin2 dulu..mungkin taklah mcm ni...tp semua itu ketentuan ilahi...so aku kene terima seadanya...walau pun pahit untuk ditelan...huhuuuu..huu...

Monday, May 10, 2010

Kawan




Diam tak diam dah bulan 5. masa cepat berlalu...usiaku dah menjankau 30'an ni...aku masih lagi macam dulu..sorang2...tapi adalah kawan...untuk aku bercerita dan bertukar pendapat...kuar jalan2..g makan..mcm2 lagilah...

Tapi sejak dua, tiga hari ni...mata kanan aku asyik bergerak ..orang tua kata mungkin aku nak jumpa orang jauh...entahlah..hanya tuhan saja yang tahu...harap2 betulah kot...hehehe

Kalau sebut pasal kawan setiap orang mendefinisikan kawan dari pelbagai sudut yang berbeza -beza…

Bagi aku kawan ni…-Saling menerima seadanya..Jangan terima yg baik sahaja,yg buruk pun kene terima jugak..
-Biar jauh dimata tapi dekat di hati..=)antarlah sms ker..tanya khabar
-Kawan xsemestinya selalu bersama..Asalkan...Ingat mengingati itu sudah cukup..
-JUJUR! NO HYPOCRITE! Kalo Depan kate lain,belakang kate lain tu bukan kawan namenye…

Kalo nak ikutkan byk je ak nak ckp pasal kawan ni..tapi kalo ikut sampai esok pun x habis2..hehehe

Tapi yang penting kita bersahabat tu biarlah kerana ALLAH

Jangan kita ni kawan dgn sesorg sbb dia tu KAYA,CANTIK,seksi,PANDAI
so pilihlah kwan yang anda fikirkan dia IKHlas nak kawan dgn kita...bukan atas sebab2 yang lain

hhehee...

Friday, April 16, 2010

Amanah

Khutubah Jumaat pada hari ni buat aku rasa teruja bila mendengar bila iman masjid membaca dan menyentuh hal yang berkaitan Amanah... rasanya aku dah lama tak dengar perkataan tu kot..hehehe...bila bercakap pasal amanah..mcm2 dalam kepala hotak aku ni yang berkaitan dengan tugas, tanggungjawap baik dalam opis atau pun kat umah...wah2...wah2...kalau nak kira dari segi dosa...tak tertanggung kot...tapi apa yang di amanah kan kepada ku rasanya semua aku buat ape yang disuruh oleh bos dgn makbape aku, cuma...denganNya kot...sikit -Sikit yang aku tinggal...mcm yang tiang lima tu...(solat lima waktu)heheee..eheh...

Tapi bagi aku...sangat2 terima kasih pada iman tadi, kerana menyentuh pasal isu AMANAH ini dimana pada masa sekarang manusia dah banyak lupa apa yang di AMANAHKAN dan kurang menunaikan tanggungjawap yang diberikan...

Thursday, April 15, 2010

Bila Jemari Menari minda berfungi...dan ingatlah...

salam dan selamat sejahtera,

Hmm..huh....dah lama nak menaip kat page ini, tetapi disebabkan sibuk dengan kerja banyak Terpaksalah... aku mencari masa dan waktu yang sesuai dengan mood untuk mengisi kekosangan pada laman page aku ni...

Kerja2..itulah ayat dalam kepala hotak aku ni...tapi kena ikhlas dengan apa yang aku lakukan tiap-tiap hari...supaya apa yang aku lakukan biarlah nampak cantik di mata aku walaupun pun kadang2 ada insan yang asyik nak Kredit Lebih bila presant kat Boss2 yang Besar2 tu. kan..kan...dan aku hanyalah insan di sebalik tabir yang tidak tahu realiti kebenaran didepan pantas yang terbentang luas...dimana sesuatu Design itu dikritik dan di perhujahkan sesuatu Rekaan atau Konsep yang telah dibuat....klu Design cantik... orang lain yang dapat nama... klu Design teruk...yang salah dari dari Aku @ Pereka...dan Mereka2 hanya tahu suka menunjuk jari telunjuk sahaja dan hanya tahu tukar ni..buat mcm ni, buat mcm tu..dan mcm2 lagi lah....Nanti aku perbahaskan bab pereka ni ini..hhehee..

sekarang dah bulan 4..mcm cepat masa berlalu...malam bertukar siang, siang bertukar malam... bumi berputar pada paksinya dan aku..mcm biasa melalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dariNya. Walaupun ada yang kata, Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan ia merupakan pentas lakonan manusia yang sentiasa bermuka-muka dan penuh dengan kepalsuan sama ada bersahaja atau pun tidak, tapi itulah lumrah manusia yang sentiasa lemah dengan ujian dan dugaanNya.

Bila di fikirkan kembali masa2 lepas... rasa banyak perkara yang aku pelajari dari tempat-tempat kerja lama, dimana sesuatu tugasan yang Multi Task dan terpaska bekerja dari awal pagi hingga larut malam. Tapi apa yang aku pelajari ialah ilmu yang sangat berguna sama ada sengaja atau tidak sengaja untuk dibekalkan untuk kehidupan dunia ini...tapi dimananya ilmu agama untuk ke alam yang kekal abadi jarang2 aku pelajari...dan untuk di amati...begitu naifnya aku ni...apa yang aku cari untuk kehidupan yang sementara ini yang tidak kekal dan tidak bolah dibawa ke alam DISANA. Kadang-kadang aku @ kita sudah lupa..dimana tanggungjawap dan janji kita padaNya sebelum aku @ kita di Alam Roh ditiup masuk ke Alam Rahim dan lahirlah aku @ kita ke dunia ini untuk melakukan tanggungjawap dan kewajipan kepadaNya.

Aku @ Kita hanya pandai berkata-kata dan ia datang dari hati yang ikhlas untuk pesanan diri sendiri supaya tidak lupa dan alpha padaNya...

pesanan ini hanyalah untuk diri sendiri dan terpulang pada yang sudi menbacanya.