Friday, May 14, 2010

Festival Air Malaysia

Zoom!. Pantai Cenang

Pintu Gerbang
Acara membuat Istana Pasir

Festival Air Malaysia 2010 kembali mewarnai Pantai Cenang pada 9-10 April lalu merupakan acara dibawah Kementerian Pelancongan yang di adakan pada setiap tahun. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan Pulau Langkawi sebagai destinasi Pelancongan Sukan Air kepada para pelancong domestik mahupun luar negara. Acara Festival Air Malaysia ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran serta perasaan cintakan alam semula jadi di kalangan rakyat Malaysia selain menjadi program riadah.

Oleh itu, anda yang gemarkan sukan air atau mahu berseronok di pantai bersama teman dan keluarga, bulan ini adalah masa terbaik untuk anda berkunjung ke Pantai Cenang untuk bersuka ria sambil bermain air.

Lebih menarik lagi jika anda mendaftarkan diri untuk menyertai mana-mana acara yang dianjurkan sepanjang Festival Air Malaysia yang diadakan pada setiap tahun.

Sejak penganjurannya yang pertama, Kementerian Pelancongan terus komited menjadikan pesta air sebagai landasan mempelbagaikan produk pelancongan serta meningkatkan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa.

Selain bertujuan mempelbagaikan produk pelancongan dan meningkatkan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa, penganjuran Pesta Air Malaysia yang sudah mencecah 10 tahun turut memberi pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan melalui aktiviti jualan dan perniagaan.

No comments: